Monday, May 5, 2014

Terubuk Masin Goreng Bercili





Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
 
Agak lama tak makan ikan masin. Selalunya ikan terubuk masin jarang beli, kalau tak teringin tu mmg takde beli.  Yang selalu mmg rezeki org bagi...yg ni boss bagi.  Kat rumah mesti tak terusik punya...tu sy bawak balik kg.  Ramai2 makan mesti sedap.
 
Masa nak guna limau kasturi la pokok dah habis buah.  Jenuh pusing keliling pokok, kot2 jumpa yg sedang2 saje....tapi tak dok...yg kat bawah pokok byk la yg gugur...dah kuning ranum semua. Ada tak de dua biji ni jek yg mcm dah ada jus.  Yg lain semua putik belaka.  Boleh la...
 
Bahan:
 
1/2  ekor ikan terubuk masin - cuci, potong
1 labu bawang besar - hiris
7 biji cili padi - hiris
sedikit minyak
2 biji limau kasturi
 
Cara:
 
- Gorengkan ikan masin & ketepikan.
- Tumiskan bawang & cili padi.
- Tuangkan atas ikan masin tadi dan perahkan jus limau kasturi.



5 comments:

  1. sedap ni.. biasa saya buat guna ikan kering jer sebab senang dapat

    ReplyDelete
  2. sedap yan! lapo! heheh.. weih sempat buat kek. pantas betul! nak rasa rvc yan buat! :D

    ReplyDelete
  3. mel pun duk bintulu ni jarang beli. teringin je beli.. kalau ada orang bagi baru la merasa. kang nanti dah duk jauh baru tercari2. tapi makan ikan ni berjemaah memang sedap..uhuu..

    ReplyDelete
  4. akak..saje tau buat saya ngudam ni.hihi
    lama dah x makan.dah order dgn mmber cik abe.. hihi.nasib le..

    mmg sedap goreng ceng gini pastu perah asam limau :)

    ReplyDelete
  5. tq semua. time lapar tgk apa pon sedap

    ReplyDelete