Friday, May 9, 2014

Mi Kering Goreng Berudang

 
 
Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
 
Yeayyyy...dah hari Jumaat.  Esok boleh rilex sikit kat rumah.  Rilex....mana ada istilah rilex selagi hidup.  Esok ada jemputan wedding.  Kena pegi tu...Chad Hotfm.  Selamat pengantin baru, bahagia hingga ke Jannah Firdausi.
 
Mi kering goreng berudang ni dinner dlm minggu lepas. Hb kata tak yah masak...I pulak ghajin nak masakkan konon...mana tak berisi sikit hb I tu...ceh konon tunjuk baik.  Sayang you kat dia...Ada ke malam2 disuruhnya goreng nugget aje...tak besh ar idea tu...rasa ingin nak makan mi goreng.  Tu yg buat tu,
 
"kalau tidak kerana tekak,
tidak aku turun ke dapur,
kalau tidak kerana lepak,
tidak aku masak mi kapur"
 
(apa punya pantun spontan la tu agaknya.....), tp mi kering tu ok...tak rasa kapur mcm mi dlm paket tu. Ala dah habis lak stok tu. Anak2 suka sgt, siap suruh masak lagi utk breakfast esoknya. Mana nak cari lagi. Malam tu Humaira ada training kompang so, tak sempat makan sy bekalkan dia...Irdina pon ikut sekali teman Humaira.  Tak sangka lak kawan2 dia tompang mkn, sedap katanya. Sebab tu dia suruh ibu dia masak lg.  Maafla anak2....mi kering dah habis.
 
 
 
MI KERING GORENG BERUDANG
 
Bahan-bahan:

1 bungkus mi kering - cuci, celur & toskan
1 mangkuk kecil udang
2 labu bawang besar - kisar
7 ulas bawang putih - kisar
sedikit udang kering - rendam, cuci, tos & kisar
cili kisar secukupnya
kicap manis secukupnya
kicap masin secukupnya
sos tiram secukupnya
3 biji telur
sayur pilihan (sawi dll jika mahu)
sedikit minyak
garam jika perlu
sedikit serbuk Magie Cukup Rasa


Cara:
 
1.  Tumiskan bahan perencah hingga wangi & kekuningan.  Masukkan cili kisar, tumis hingga masak.  Masukkan kicap & sos tiram.  Masukkan udang & tumis.
2.   Sesuaikan rasa, pecahkan telur & gaul.
3.   Masukkan mi kering & gaul rata.
4.   Sedia dinikmati. 

 

 
Tak habis pun makan, tapaukan utk MIL, blk mengaji mesti lapar boleh makan.  Tak habis jugak, bagi jiran Eja.  Tak pasal2 dia tempah RVC.  Rezeki jugak tu.  Tak lama pastu, hb Eja bg salam kat rumah kasi jus limau nipis pulak...Rezeki lagi. Untungnya dpt jiran yg baik2.  Skrg ni ada geng ibu2 comey berwhatsapp kat taman tu...mengeratkan silaturrahim.  Mmg belum mengenali satu sama lain.  Ni nak dekat puasa ni ada aktiviti kenduri nanti....boleh berkenalan lagi.


6 comments:

  1. Udang melingkar di atas mee yg buat tergoda tu Fazian.. terasa pulak nak makan mee goreng mamak heheh :)

    ReplyDelete
  2. a'ah kan...mee grg mamak mmg terbaekkk....apa sebab ye?
    sy dr kecik suka mee grg mamak...sampai la ni...

    ReplyDelete
  3. Waaa..udang dia..besorrr..tapi mel 1st time dengar mee kering.macam mee siput tu ke..klu sedap..kena cari ni

    ReplyDelete
  4. Halo!

    Kami melihat bahwa Anda memiliki beberapa resep yang lezat di blog Anda.

    Kami ingin memasukkan blog Anda pada daftar Top Food Blog di MyTasteIndonesia.com, sebuah jejaring sosial buat Anda yang menyukai masakan dan juga yang pemilik blog seperti Anda. Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami.

    Anda dapat menambahkan blog Anda pada daftar Top Food Blog kami dengan mengikuti link ini http://www.mytasteindonesia.com/top_food_blogs

    Mohon untuk membalas email ini agar kami mengetahui bahwa Anda telah menerimanya. Terima kasih atas perhatian dan kerjasamanya. Semoga kami akan melihat blog Anda di daftar Top Food Blog kami.

    Salam,
    Immanuel Kabuhung
    MyTasteIndonesia

    ReplyDelete
  5. syoknya kan berjiran mcm ni.. bru lah terjalin ikatan mesra..
    wah nti upload pitcher pengantin ye kak. hihi

    mee goreng my peberet.x kisah la basah, atau kering.. rembat je..

    ReplyDelete
  6. https://my.entertainment.yahoo.com/news/chad-hot-fm-sah-isteri-003100095.html

    ReplyDelete