Monday, December 16, 2013

Udang Goreng Mentega & Stoking V-ken


Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Dapat peluang balik kampung memang best tak terkata la sebab dapat jumpa bonda & family yg lain.  Rindu sesangat...lama tak balik kg.  Lagi satu sebab memenuhi undangan walimatulurus jiran sebelah rumah bonda yang selamat diijabkabulkan...Tahniah cikgu & semoga bahagia hingga ke syurga.  Lauk pauk & nasi baryani sedap....anak2 asyik ambil eskrim jek keje....alasan sebab eskrim asyik jatuh jek...mmg pon...tepek atas kon tak tekan sgt so, mudah jatuh.

Tak plan langsung masak udang ni.  Sebab kak long sy dah masak tomyam ayam dan lauk2 lain.  Disebabkan rumah bonda akan dikosongkan semula, so hb dah beli udang ni, masak aje lah. Tanya hb nak masak apa...spontan jek ckp butter prawn.  Alamak last minute cam ni ada bahan ke.  Sy pon bukan pakar memasak kan...main hentam jek la labu.  Minta Irdina petik daun kari belakang rumah.  Resepi hentam + campak2.  Anda juga boleh rujuk resepi di blog Azie Kitchen:  Udang Goreng Butter yang paling sedap.




Sy penah tgk kat youtube cara masak buttered prawn ni....mmg nampak ringkas, tapi kena ada skill.  Masa cuba masak kat kg aritu, tak teringat langsung pun cara masak...sy buat hentam shj.  Oleh kerana masak without recepi, sy carikan yg seangkatan dgnnya supaya mudah lambat laun sy nak masak sekali lagi.  Sy penah tgk Kak Azie buat dan share resepinya...so sy CNP di sini.  Terima kasih Kak Azie yg tak pernah lokek beri apa yg beliau mampu.  Terima kasih.


Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 
Oleh: Azie Kitchen


Sarang Telur:
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak


Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.


Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

Udang:
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa


Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.

Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann




Lain kali sy cuba buat sama mcm resepi Kak Azie.


OK, cerita sikit perkembangan komen pengguna stoking V-ken ni, minggu lepas pakcik (sepupu MIL) adakan kenduri kesyukuran sempena berangkat mengerjakan umrah.  Hati memang riang akan menjejakkan kaki ke bumi barakah.  Tapi apa yg membimbangkan, keadaan kaki yg membengkak dek kerana sakit GAOUT.  Setelah dengar pasal stoking ni, pakcik pun setuju guna, & doa2 semoga sihat & mudah urusan ibadah di sana.  Sehari sebelum bertolak, pakcik cuba pakai.  Apa yg paling menggembirakan, kaki pakcik hampir surut bengkaknya.  Itu baru guna tak sampai 1 hari.  Jika digunakan berterusan inshaAllah boleh membantu dgn izin Allah. 

Memandangkan pakcik & adik beradik lain bersama-sama mengerjakan umrah, masing2 bawa bekal stoking ni.  Mudah2an dilancarkan proses ibadah & dapat umrah yg mabrur.  OK semoga semuanya dlm lindungan Allah.  Lepas ni boleh makan seafood...meh cuba buttered prawn....

Buat semua pembaca blog fazian.batrisyia yg berminat nak dapatkan stoking V-ken boleh hubungi:

FAZROL - 013-3765529 @ 016-2498608

7 comments:

  1. Sedap ni.. udang dalam esbok mel tinggal bape ketull je, buat cekodok lepaslah..buat butter prawn takat gigi jela. Kalau buat kat kampung ramai yang suka, tapi rumah sendiri, hubby tak berapa mau sangat makan. uhuu

    ReplyDelete
  2. X pnah cuba lg resepi ni...takut nak buat...kikiki....sbb takut x jdi...;-)

    ReplyDelete
  3. Mel: iye arr...cekodok udang fresh mmg best...cicah lak ngan sos cam popiah tu...

    Asyifa: sy belasah jek....nama menu mmg cam tu...jadik tak jadik lain cerita...ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  4. Memang sedap Fazian udang goreng butter ni tapi memang kena ada skill memasak, akak pernah buat sekali, telur tak menjadi tali berjurai tetapi macam udang kering pulak atas udang tu kahkah kah...

    ReplyDelete
  5. Sy penah makan menu ni kat wedding sedara guna khidmat Pak Engku catering...sedap, walau masak utk saiz yg byk

    ReplyDelete
  6. bestnye!!! ila suka !!! =) boleh try pasni

    ReplyDelete
  7. bru smlam makan.. hihi
    tp mkn kt kedai je. x buat sendiri

    ReplyDelete