Tuesday, December 17, 2013

Sup Mee Kering....yg mudah & ringkas....kasi licin




Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Kenapalah sy ni agaknya ye...cam tak de semangat nak masak memasak.  Byk lagi lauk benornya dlm freeze tu.  Sy biasalah bila hb xde kat rumah mmg automatic malas masak...kalau masak pun sekadar alas perut anak2 jek..itu pun kalau anak2 yg besar tu ada, kalau setakat berdua ngan Najla..milo panas pun dah cukup alhamdulillah...sebab setakat ni kami berdua peminat milo.  Najla dah pandai mintak air milo...tak sesia jugak dapat mug comel wedding kawan hari tu...mug tu utk milo Najla.  Kalau tak buat utk dia, dia minum milo mug Humaira....menangis kakak dia tau...awak ni kan Najla....emmmmm...tak tau ibu nak cakap apa....byk akal tau...

Malam tadi kakak2 dia plan nak ikut ayah dia gi masjid.  Then berubah fikiran xmo ikut pulak.  Bila dah ada ramai kat rumah tu maknanya ibu kena masak la kan.  Fikir2 malas makan nasi...goreng telur pon malas...haihhhh..tengokla tu...bila "M" tu kan...masak aje la sup ringkas tambah sayur sikit bagi ceria & ayam utk protien.




Bahan-bahan:

3 keping mi kering
1 keping dada ayam - cincang
5 ulas bawang putih - tumbuk
2 ulas bawang merah - tumbuk
rempah 4 sekawan
1 biji telur
2 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
1 biji tomato
cendawan tiram
daun sup
air secukupnya
garam jika perlu
sedikit minyak

Cara:

1.  Tumiskan rempah 4 sekawan, masukkan bawang.  Tumis lagi hingga wangi.  Masukkan sos tiram & kiub pati ayam.  Masukkan isi ayam & gaul sebentar.
2.  Tambahkan air secukupnya & biarkan mendidih.
3.  Masukkan cendawan & pecahkan telur.  Sesuaikan rasa.
4.  Mi kering boleh dicelur berasingan @ boleh dimasukkan terus ke dalam kuah jika ingin dimakan serta merta.  Taburkan hirisan daun sup.

NOTA:  boleh juga tambah hirisan cili padi jika suka pedas...masak utk kanak riang sy tak bubuh pun cili padi.



Ini aje yg mudah.
Tak sangka pulak habis licin.
Najla sekarang suka nak makan sendiri dlm bowl dia.
Kakak2 dia dah siap makan, siap ambil sorang sikit baki mi dalam bowl dia...
"adikkkk nyerrrr....adikkkk nyerrrr"
Najla menjerit2...kakak dia peduli apa janji dapat menyakat adik dia kan...
dah siap makan dia kata finish.....

Sekarang ni asalkan dah duduk tunggu semua kat dining table terus angkat tangan baca doa...





5 comments:

  1. salam..

    menu simple macam ni pun sedap dan best dimakan..

    ReplyDelete
  2. best!!! dah salin resepi nie..pasni boleh lah try..hehehe

    ReplyDelete
  3. Bbwana: malas masak cam ni la...

    Ila: arghhhh..segannya resepi cam main masak2 pondok2 jek. Boleh la jugak makan dgn anak kecik...tak pedas.

    ReplyDelete
  4. morning akak
    alahai dpt rasa suasana usik mengusik tu. ceria. baru happy family
    akak, doakab utk sy ye :D

    ReplyDelete
  5. Sama le kita Fazian...penyakit malas mmg selalu melanda okje.....haha
    Mee pun sodap hehe..

    ReplyDelete