Wednesday, May 15, 2013

Puding Aiskrim Oreo



Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Alhamdulillah...kenyang sy baru selesai jamuan...staf naik pangkat, kesyukuran dll.  Menu tadi:  Nasi baryani, ayam masak merah, daging baryani, acar, papadom, sate daging, sate ayam, tembikai, kuih bakar, kuih tako, cheese tart, moist choc cake with coffe topping yg sedap, RVC, apam polkadot, apam gula hangus, buah-buahan + asam limau, air oren, air sirap bandung soda dll yg tak daya nak disebut.  Sy tak makan semua pun.  Di samping menu utama yg dihidangkan...staf jugak bawa potluck.  Sy smlm fikir apa nak buat kali ni kan.  Memandangkan baru2 terpandangkan puding yg nampak menyelerakan tu...dari blog Kak Sue...sy pun cadang masa ni lah jugak boleh cuba.

Sy ni kadang2 berangan jek lebih, bila memikirkan sibuk dgn anak kecik yg tengah melasak tu.....haishhhh..mcm tak jadi jek nak buat apa2.  Tapi mana sampai hati pulak.  Bawak jugaklah buah tangan yg tak seberapa ni...Macam2 dugaan tau kat dapur ni...ingat senang...tingggg....jadi....tingggg...jadi.  Sy bukan ada magic.  Niat kena betul in sha Allah, Allah mudahkan.  Kali ni dugaan dia....emmm....kena baca sampai bawah ye...Nanti taulah ceritanya.

Terima kasih kepada Kak Sue @ Nenie kongsi resepi ini. Tak menghampakan, kawan2 kata sedap...siap nak resepi.  Resepi boleh dirujuk di http://syurie.blogspot.com/2013/05/puding-ice-cream-oreo.html


BAHAN-BAHAN

Bahan - A

25g agar2 bertali ( dipotong kecil2) - sy guna 1 paket agar2 bertali 12 gm
1250 ml air
1 cwn gula

    Bahan - B

    1 tin susu cair
    1 sudu teh esen vanila
    1 biji telur
    1 cup ice cream (5/6 scoop ice cream)  - sy guna ice cream coffee & vanilla flavour

      **apa2 perasa ice cream pun boleh**

      Bahan - C

      1 bungkus biskut oreo (dikisar halus)

      PENYEDIAANNYA:

      1.  Masak agar2 bertali dengan 1250 ml air sehingga larut
      2.  Kemudian masukkan gula, kacau sebati sehingga gula hancur
      3.  Sementara itu, blendkan kesemua bahan B iaitu telur, susu cair, aiskrim dan esen vanila
      4.  Kemudian masukkan ke dalam adunan agar2 yang dimasak tadi
      5.  Kacau rata dan akhir sekali masukkan biskut oreo yang telah dikisar, kacau lagi biar sebati ye, dah sebati, tutup api
      6.  Sediakan loyang, tuangkan adunan & sejukkan dalam peti sejuk...dah siap.


      Untuk lapisan coklat tu, sebelum memasukkan biskut Oreo, Sue ketepikan 1 cawan adunan..Jadi adunan asal Sue masukkan Oreo kisar dan adunan agar2 yang 1 cawan tadi Sue masukkan serbuk Milo dan sedikit serbuk koko...Bila Adunan pertama hampir beku, tapiskan Adunan Milo di atasnya...(yang ni sy ikut).


       Note : Untuk ingatan sendiri..Selepas masukkan biskut Oreo, kacau sekejap sahaja sekadar untuk meratakan..Jika kacau terlalu lama, biskut tersebut akan hancur dan larut bersama Puding tersebut dan hasilnya tidak akan mendapt bintik2 biskut seperti tuan punya resipi.



      Pada sy, puding ni sedap.
      Rasa oreo & kopi
      Sebab sy guna aiskrim kopi


      Susu cair, telur, esen vanila, aiskrim kopi & aiskrim vanila


      Ni dia budak kecit tomel ibu yg bikin riuh jek dapur
      Menumpahkan 1/4 cup milo (sikit lebih kurang tak tumpah semua)


      Siap dijilat tu...
      "Sedap" katanya...
      Dah pandai cakap sikit2 kan...
      Antara perkataan yg selalu disebut:

      Sedap, Sakit, Datuk, Kakak, Ayah, Bu, Nenek, Nak,
      terbaru pandai cakap "Yak"....bila check...mmg betul...

      Humaira terkejut tengok dia kat dapur mcm ni rupa...dia kata
      "Ya Allah...apa dah jadi dgn adik Najla ni".
      Meh kakak suruh ayah mandikan...

      Ibu dah la kalut nak hidang dinner...masa ni pulak tumpah milo segala.  Nak kemas dapur lagi milo bertabur...kalau dapat milo tabur sedap jugak kan.  Sabar aje la...Macam2 ragam anak2 ni.


      4 comments:

      1. Si kecik pun sibuk nak tlg jugak kat dapur,nasib baik ibunya cool je.

        Jom join bloglist kak Nurul.

        ReplyDelete
      2. Aslmkum yan
        pot luck kat office...meriah dgn mcm2 makanan
        habis milo kat dada tu...Najla nak tlg ibu ya...

        ReplyDelete
      3. KY suka puding apa lagi kalau yg berwarna warni....

        sedap sangat tu makan sampai comot habis

        ReplyDelete
      4. Assalamualaikum fazian..wahhhh dah sampai sini pun pudding ni...Sue dulu guna eskrim choc...peminat choc katakannnnn...Mould pun cantik..

        Biasalah tu bila ada bdk kecik...Anak akak pun lebih kurang baya2 Najla kotttt...2 1/2 thn..klu barang2 kat dapur tu pantang terleka siket, ada jeee yang nak dicapai... ^___^

        ReplyDelete