Tuesday, January 22, 2013

Sup Kambing Merah

Sup Kambing Merah


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kambing....ya sup kambing....Sy tahu bukan semua orang suka makan daging kambing.  Tapi kepada yang suka kalau diberi pilihan, pastinya akan pilih daging kambing kan.  Setakat ini, sy boleh & suka makan daging kambing.  Alhamdulillah, dapat nikmat merasa kelazatan daging kambing. 

Untuk resepi ni, sy pernah cuba masak sup merah macam ni...masa tu teringin nak cuba makan ekor lembu (tapi tak ada n3 ni, masa tu zaman belum berblog lg).  Cari ekor lembu pulak dapat dan terus cuba.  Sedap juga ye, sup berkuah merah macam ni rupanya.  Teringatkan noltalgia tu, sy pun berhajat nak cuba sekali lagi...Alhamdulillah, licin 1 periuk tau...tinggal periuk shj.....family sy suka pulak.  Macam tu baru best kan...dah penat memasak, hasilnya memuaskan & yang penting tak membazir terbuang.

Resepi boleh rujuk seperti di bawah tu, sy cuma tukar guna daging kambing & sesuaikan rasa sesedapnya pada selera sy (contohnya sy bubuh lebih tomato puri tu sebab tak kuasa nak simpan - guna 1 tin kecil, lama2 simpan pun nanti terbuang, berdasarkan pengalaman dahulu).  Sebagai panduan boleh ikut resepi di bawah tu ye.


Sup Ekor/Tulang Lembu Chef Wan
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah
Rujukan; Dapurmamasya

Bahan-bahan:


125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2- ganti dgn daging & tulang kambing
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jintan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - guna 1 tin kecil
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah ikut keperluan
1 btg karot
2 btg saderi
1 biji kentang
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar
bawang goreng

Rempah Tumis:

4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & toskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.


1 comment:

  1. Aslmkum Yan
    kambing kdg2 bau kuat hamis...itu yg ada org tak suka. tp kambing kat Mesir ni mmg tak berbau...tak ragu2 nak masak. sup merah ni mmg sedap...

    ReplyDelete