Snow Cheese Cake
Buat Anakanda Najla Batrisyia...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah. Semalam 20 Januari 2013 genaplah usia anakanda Najla Batrisyia 1 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu. Sempena hari lahirnya, nenek & atuk bawa mereka bertiga outing. Rupa2nya nenek & atuk belikan Najla baju...sampai 3 pasang tu...Terima kasih nenek & atuk.
Sementara 3 puteri tu outing, sempatlah ibu baking kek birthday buat Najla. Secepat yg boleh siapkan sebab bila mereka dah balik nanti lagi mcm tak menyempat nak buat. Lega, juga akhirnya dapat buatkan kek walau tak sesempurna mana. Tapi hati ibu puas. Tengoklah gambar tu...muka tak sabar nak potong kek ye Najla!
Sedapnya dia dapat makan snow cheese cake...
Kakak Irdina yg suapkan Najla...
Kakak Irdina yg suapkan Najla...
Habis comot2 mulut dia...
Snow Cheese Cake
Sumber: K.Zai
Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. 7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.
Sepotong Snow Cheese Cake
Sebab nak habiskan stok tepung red rose....
Sy gantikan penggunaan tepung hong kong tu kepada tepung red rose...
Hasilnya...kek sedap & lembut.




selamat hari lahir untuk najla....moga panjang umur murah rezeki dan menjadi anak yang solehah...Amin...
ReplyDeletealaa, nape xamek gamba kek sepenuhnya, xpuas nak tengok..apepon, selamat hari lahir najla sayang..semoga awk dipanjangkn umur, dimurahkan rezki dunia akhirat, menjadi ank yg solehah utk ibu & ayah serta keluarga yg lain...seronok tgk najla dok 'aim' nk mkn kek tu..hehehe
ReplyDeleteTerima kasih ucapan drp auntie yg baik hati ni.
ReplyDeleteNad: Ohhh ye ke...bukan apa td susah upload gambar...