Wednesday, January 30, 2013

Ikan Pari Kuah Lada

Ikan Pari Kuah Lada
Ikan pari fresh baru naik dari laut...memang sedap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak tinggal kat rumah sendiri ni belum pernah masak kuah lada atau asam pedas.  Bukan apa...tak berapa pandai pun masak ni...mcm tak berapa confident nak masak.  Lama betul tak masak ni...Dulu pernah masak Siakap Kuah Lada....tapi dah lama sangat la kan...mana nak ingat kan....Ini pun buat main agak2 aje.  Tak sedap tambah itu dan ini...rasa lagi...sikit2 rasa semula...Ok ke tidak ni rasa dia.

Asalnya nak masak asam pedas biasa jek...tapi bila rasa kuahnya macam tak sedap jek....sy tukar masak kuah lada.  Sy tambahkan lada hitam & jintan manis....tumis semula dengan tambah sikit lagi bawang...cili kisar dan serbuk kari ikan.

....dan inilah hasilnya....Tak sangka anak2 suka.  Paling tak sangka dengan kuahnya sekali habis licin Irdina hirup...aduyai...inilah julung2 kali kan ibu dia masak...Terharu I...Cuma hb kata kuah tu mcm kurang rempah (lada hitam & jintan manis).  Baiklah....I akan cuba masak lagi lain kali ye cik abg sayang...mintak2 lagi bertambah sedap la hasilnya.

Bahan-bahannya:

1 potong ikan pari - cuci bersih & toskan 
2 ulas bawang  besar - tumbuk
 
3 ulas bawang putih - tumbuk

1 1/2 inci halia - tumbuk

1 1/2 inci kunyit - tumbuk

*1 sudu makan lada hitam - tumbuk
*1 sudu makan jintan manis - tumbuk
*1 mangkuk kecil cili kisar
*2 sudu makan sebuk kari ikan

- Jadikan pes bahan bertanda ( * )
daun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan - belah 2
air asam jawa air secukupnya
garam secukup rasa
minyak utk menumis


Cara memasak:

1. Tumiskan bahan hingga naik wangi. Tumis bahan yg dijadikan pes hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, air, bunga kantan, daun kesum. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan dan biarkan ikan masak. Perasakan dengan garam...cukup rasa,
4. Hidangkan dengan nasi putih panas...memang sedap...

4 comments:

  1. wah...menu baru nie.....nampak sedap dan menyelerakan....

    ReplyDelete
  2. ikan pari....KY tak makanlah....boleh cuba ikan lain kan?

    ReplyDelete
  3. Kak Yan: Menu ni bukanlah menu baru...tapi sy yg baru nak mula masak. Kalau MIL sy beli ikan pari ni mesti minta penjual tu buang kulit atas bawah (hitam & putih) tu siap...sy pun ikut ajelah sebab mesti anak dia (hb sy lah tu) dah biasa dgn cara emaknya kan. Tapi yg kat atas tu penjual tu cuma buangkan kulit yg hitam shj.

    KY: Boleh shj guna ikan lain kalau KY tak makan ikan pari. Family sy juga tak semua suka mkn ikan pari. Selera org berbeza-bezakan...Utk sy biasa2 jek..yg suka sgt hb sy & anak sulong sy.

    ReplyDelete
  4. Aslkum Yan
    masak kuah lada...ingatkan Yan masak asam pedas pari.bila anak2 suka...seronok kita masak..

    ReplyDelete