Tuesday, November 20, 2012

Moist Chocolate Cake....lagi & lagi....


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, hari ini sy rasa kurang sikit sakit belakang ni (sy buat rawatan Sonotron 4x & 1x tilam panas).  Kena telan jugak pil walaupun x ikut jadual @ memang sakitnya sudah kurang atas kehendak Allah...Syukur sangat.  Terima kasih jg buat family & kawan2 yang mendoakan kesihatan sy.

Buat kek ni dah 2 minggu sudah.  Saje buat utk meraikan 2 orang tetamu cilik boboiboy...(anak kawan hb).  Sangat sopan santun si Syamin & adiknya siapa nama tu....susah auntie nak sebut...panjang benor...Tahniah juga buat Syamin dengan keputusan UPSR 2012 (4A, 1B).  Dengarnya Syamin berminat nak ke sekolah Tahfiz....Semoga niatnya tercapai & membahagiakan ayahanda & bondanya....Amin...(Anak2 akak tak nakal pun kat rumah sy 1/2 hari tempoh hari).  Walaupun lelaki tapi takde melasak tak tentu arah...sejuk mata memandang....

Nak ucapkan tahniah juga kepada anak saudara sy Aniq, berjaya dapat 5A dalam UPSR 2012.  Tahniah juga buat kedua ibu bapanya serta guru2 sekolah atas kejayaan anak/murid masing-masing...Apa nak hadiah...?  InsyaAllah....Tunggguuuu....

Minta maaflah, auntie tak pandai buat kek...comot, sememeh, selekeh jek hiasannya.


Bahan-bahan :

1 1/2 cawan gula kaster
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1 cawan buttermilk
1 cawan kopi / nescafe - bancuh dengan air panas
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu teh ekstrak vanila

Cara-cara :

1. Panaskan ketuhar kepada 180 'C. Gris 2 loyang 9 inci dengan butter dan alas dasar dengan kertas minyak dan gris lagi. Diketepikan.

2. Dalam mangkuk adunan satukan gula, tepung, serbuk koko, baking soda, baking powder. Putar sebentar dengan mixer pada kelajuan rendah sehingga sebati. Tambah telur, buttermilk, air kopi panas, minyak sayuran dan ekstrak vanila. Pukul pada kelajuan sederhana selama kira-kira dua minit, hingga adunan sebati. Tuangkan adunan sama rata ke dalam loyang yang disediakan.

3. Bakar dalam ketuhar selama 30 hingga 35 minit untuk loyang bulat, 35 hingga 40 minit untuk loyang segi empat tepat atau sehingga diuji dengan lidi sate ia keluar bersih.

4. Biarkan kek dalam loyang 10 minit, keluarkan dari loyang dan biar kek sejuk sepenuhnya di atas rak dawai.

5. Hias kek dengan chocalate buttercream dan susun coklat Maltreser atasnya.


Chocolate Buttercream Frosting

Bahan-bahan :

250 gm mentega - suhu bilk
3 cawan gula icing - ayak
1/2 cawan serbuk koko - ayak
2 sudu teh esen vanila
4 sudu besar susu - suhu bilik

Cara-cara :

1. Putar mentega sehingga berkrim selama beberapa minit dengan kelajuan sederhana. Matikan mixer.

2. Masukkan gula icing dan serbuk koko didalam adunan mentega dan putar lagi dengan kelajuan rendah hingga gula dan koko sebati dengan adunan mentega.

3. Naikkan mixer pada kelajuan sederhana dan tambah esen vanila dan susu, putar selama 3 minit.

4. Jika inginkan adunan pekat sedikit tambahkan gula icing. Dan jika inginkan adunan sedikit lembut tambahkan sedikit lagi susu.

5. Biarkan sebentar buttercream dalam peti sejuk kemudian bolehlah dihias pada kek.


3 comments:

  1. wah...cantiknya kek tu.....fazian nampak sedap je.....ada lagi tak....bak sepotong....

    ReplyDelete
  2. Segannya sy...Sy x pandai buat kek pun. Sekadar cuba-cuba. Teringin nak hadir kelas...tapi belum berkesempatan...Terima kasih selalu beri komen.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap la plak...x bleh jd ni...kene try.anyway.nice blog..saya br jer buat blog..singgah la ye.

    ReplyDelete