Friday, May 11, 2012

Tat Coklat

Masa berpantang, tengok jek org lain makan itu & ini....tgk tv lagi...aduh meleleh air liur dibuatnya.  Haaa...bila dah habis pantang mulalah fikir apa yang nak dibuat kat dapur tu.  Ni semua pengaruh & inspirasi daripada tv la ni...jadi teringin nak cuba buat tat coklat.  Resepi pun rujuk merata2.  Majalah ada, blog masakan ada, memandai2 pun ada...& sy gabungkan semua jadi tat coklat versi seperti seadanya inilah....

Resepi crust rujuk Kak Ita Masam Manis...
Bahan-bahan:

170 gm butter
50 gm gula aising
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sk esen vanila
Cara-cara:

1.  Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.


2.  Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

4.  Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

5.  Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Bahan Filling:

250 gm coklat masakan
50 gm shortening
50 gm butter
2 sudu besar whipping cream

Masak cara double boil. 

Bahan lain:

Choc Coin
Almond
Raspberry filling




Choc coin & almond


Filling coklat



Topping dgn putih telur + gula aising dan raspberry filling
(Crust yg agak tebal...tapi sedap)
Next time kena nipiskan sikit


 





5 comments:

  1. sedapnya! mewah dgn coklat yan! :D

    ReplyDelete
  2. Salam Yan.dah habis pantang ni boleh mkn yg coklat...nampak sedappp...yummmm

    ReplyDelete
  3. emmmm...coklat mmg sedap...belum jemu2 lg mkn coklat dari kecik sampai la ni...

    ReplyDelete
  4. Menggodanya... Menarik sangat.

    ReplyDelete
  5. Nur-nba, Cubalah buat...simple & sedap.
    Dah tertunai jg tempahan dr kawan sy Nad yg nak mkn tat coklat ni.

    ReplyDelete