Thursday, March 10, 2011

Kuih Gertas

Bahan-bahan:

250 gm tepung pulut
100 gm kelapa parut putih
100 ml air
sedikit garam

Bahan Sira:

100 gm gula
50 ml air
sehelai daun pandan


Caranya:

1. Gaul rata tepung, kelapa & garam. Tuangkan air mengikut kepekatan adunan yang dikehendaki....kalau agak keras boleh tambah lagi sedikit air.
2. Boleh terus dibentuk....@ boleh juga diterap. Saya terap....biasanya org buat kuih ni berbentuk oval.
3. Panaskan minyak & goreng hingga kekuningan, angkat & toskan.
4. Sediakan bahan sira, (macam sira kuih keria)...boleh masukkan kuih dalam kuali & sira. Bab ni sy lum berapa lulus lagi....kalau x de siapa kat sebelah guide, makanya tak melepasi piawaian la jadinya...tapi boleh dimakan la...


:0) Dah lama jugak buat kuih gertas ni, cuma lum sempat2 nak share. Sy suka kuih ni, rupanya bahannya punyalah simple cam cekodok kelapa jek...cuma ganti tepung gandum kpd tepung pulut. Selalu jumpa kuih di Bazar Ramadhan @ Pasar Hujung Minggu (kg sy).

No comments:

Post a Comment