Assalamualaikum / Salam Sejahtera,
Lamanya rasa tak makan bubur som-som. Rindu la...Dulu2 bonda buatkan. Tapi skrg ni bonda jauh pulak di nun sana rumah kakak sy. So, sy skodeng dapur org lain la nampaknya. Kali ni sy cuba dari resepi kak CT Delima. Sy berpuas hati & in sha Allah akan cuba lagi guna resepi ni...sebabnya hb kata sedapppp...yahooo....Mestilah suka...hb puji....bukan selalu. Sy buat dua adunan...satu dibiarkan perisa asli & satu lagi perisa pandan.
Mari kita semak resepi ......
Bubur Som-Som
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
300 ml santan Pekat
500 ml air
1 cawan susu cair
1/2 sudu kecil garam halus
7 helai daun pandan - perah ambil jusnya (sy ganti pandan emulco)
Sedikit pewarna hijau
1/2 cawan tepung jagung
300 ml santan Pekat
500 ml air
1 cawan susu cair
1/2 sudu kecil garam halus
7 helai daun pandan - perah ambil jusnya (sy ganti pandan emulco)
Sedikit pewarna hijau
Bahan Sirap Gula:
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan simpul
3 kuntum bunga cengkih
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan simpul
3 kuntum bunga cengkih
Sy ganti Sirap Gula Melaka:
Bahan Sirap Gula Melaka:
3 ketul gula Melaka
3 sdb gula pasir
1 cawan air
daun pandan
Cara-Cara:
1. Masak sirap gula melaka hingga gula larut dengan api sederhana, tapis & sejukkan.
2. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Tapiskan adunan dan kacau sentiasa dengan senduk kayu hingga pekat dan kilat. Masak hingga adunan meletup-letup.
2. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Tapiskan adunan dan kacau sentiasa dengan senduk kayu hingga pekat dan kilat. Masak hingga adunan meletup-letup.
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dahulu dan sejukkan.
4. Hidang sejuk bersama sirap gula melaka.
Buat 2 lapisan
Sedap makan sejuk-sejuk...
Masa ni kawan hb datang...dek kerana sirap gula melaka belum sejuk,
Sy sejukkan guna ais...(letak luar mangkuk ye) bukan masukkan sekali ais tu..
Sedang elok je bila dituangkan atas bubur som-som...sebab dah sejuk...
sirap tu tak de la panas lagi
Perisa pandan
Memang sedap
Dah habis...
licin...































